"Saya Tidak Kisah Jadi Emak Atau Kakak" - Che Ta

Posted on Saturday, September 14, 2019 | 9/14/2019



Siapa je tak kenal Rozita Che Wan yang selalu menggayakan pakaian yang vogue mengalahkan korang semua tau tetapi kita dah lama tak tengok Che Ta berlakon jadi watak utama kan but dia tak anggap benda tu sebagai isu besar pun.

Dia selalu bersikap realistik dan tak pernah nak tolak jika ada tawaran berlakon daripada pihak produksi. Tak kiralah watak kakak atau emak asalkan dia dapat rezeki yang halal. Yang penting, lakonan dia dapat memberi kesan kepada penonton walaupun watak kecil ataupun besar.

Sudah lama saya berlakon watak kakak atau ibu, malah sebelum ini pernah menggalas karakter sama dalam drama seperti Hani dan Kak Marr. Saya tidak kisah jadi emak atau kakak kerana di luar skrin penampilan saya tetap muda. Cuma kebelakangan ini, saya kerap diserahkan watak antagonis bermula sebagai Kak Bed dalam drama, Lelaki Kiriman Tuhan dan terbaru, Suri Katrina. Selain bayaran yang berbaloi, saya perlu menimbang beberapa faktor lain termasuk kesesuaian jadual penggambaran kerana saya turut mempunyai komitmen tersendiri.

Apapun, sis doakan Che Ta agar sentiasa maju jaya dalam industri seni. Sis suka tengok Che Ta sebab dia cantik dan suka dengar dia cakap loghat utara. Hehehe. Memang mantap!

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Makan





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/14/2019

0 comments:

Loading...