Sebanyak 93.7 Peratus Penduduk Kampung Baru Telah Bersetuju Dengan Harga RM850 Persegi


Wow, ramai juga yang dah bersetuju rupanya, Ohmedia ingatkan masih ramai yang tidak bersetuju. Ohmedia sebentar tadi tertarik dengan satu laporan dari Sinar Harian yang menulis sebanyak 93.7 peratus penduduk Kampung Baru telahpun bersetuju untuk menjual tanak milik mereka kepada kerajaan setelah ditawarkan sebanyak RM850 bagi setiap kaki persegi.

Peratusan ini dianggarkan oleh pihak Sumber Perbadanan Kampung Baru dan sehingga kini masih menunggu baki penduduk lain bagi memberikan jawatan dan persetujuan yang telahpun diberi masa sehingga 10 Oktober ini.

Contoh lakaran pembangunan di Kampung Baru

Selain itu, punduduk juga akan diberikan tempoh yang lebih bagi penyerahan borang kerana ingin memberi laluan kepada pihak terbabit melakukan perbincangan bersama waris.

Ohmedia rasa, penduduk di Kampung Baru telah bersetuju selepas pihak kerajaan telah berjanji untuk tidak akan sesekali menjual hartanah dan pembangunan di sana kepada bukan Melayu jika ia tidak mampu dibeli orang Melayu.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube


Sumber: Oh! Media