Selain Bapa Adib, AR Badul Juga Mohon Inkues Kematian Anaknya!

Posted on Friday, September 27, 2019 | 9/27/2019



Selain inkues kematian Adib, hari ini juga Ohmedia dapat berita yang AR Badul juga mohon inkues kematian Mejar Zahir bagi mengenal pasti punca sebenar kematian anaknya.

Seperti yang semua sedia maklum, kematian Mejar Zahir Armaya adalah disebabkan oleh tembakan yang dilepaskan ketika gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Sabah, awal bulan ini.

Namun pihak keluarga arwah Mejar Zahir Armaya, termasuk AR Badul sendiri tidak dimaklumkan kronologi secara khusus dari pihak tentera, menyebabkan AR Badul bertindak memhon inkues bagi anaknya. Berhubung dengan tindakan AR Badul berkenaan, pihak ATM menghormati keputusan keluarga arwah.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.






Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/27/2019

0 comments:

Loading...