Seorang Calon UPSR Dijumpai Mati Dalam Keadaan Menyedihkan Diatas Katil!

Posted on Thursday, September 05, 2019 | 9/05/2019


Gambar hiasan dari Google
Semalam dilaporkan tentang seorang calon UPSR yang ditemukan mati dalam keadan yang menyedihkan. Menurut ahli keluarganya, mangsa ditemukan mati tergantung diatas katil.

Ini berdasarkan siasatan awal yang dijalankan oleh pihak polis, kerana terdapat tali kasut berwarna putih dijumpai diatas lantai.

"Mangsa disyaki telah menggantungkan diri pada bahagian besi katil tingkat atas dengan menggunakan tali kasut," kata pihak polis.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku sekitar jam 6.30 petang hingga 7 petang, ketika itu ibu mangsa sedang berada di ruang tamu, manakala mangsa bermain bersama adik dan abangnya. 15 minit, adik mangsa melaporka bahawa mangsa telah tergantung berhampiran katil.

Dipetik dari Sinar Harian, setelah mendengar cerita adik mangsa, ibunya masuk ke dalam bilik, tali yang menjerut mangsa telah dipotong anak sulungnya, manakala si mati berada dalam keadaan terlentang di atas tilam.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Filem


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/05/2019

0 comments:

Loading...