Suami bakar isteri sebab masak makanan tak sedap

Posted on Friday, September 13, 2019 | 9/13/2019



Seorang wanita di India dibakar suaminya hanya kerana lelaki itu berang masakan mangsa tidak menyediakan makanan yang sedap untuknya. 

Difahamkan, mangsa masak makanan tersebut tetapi sukar untuk dimakan. Lelaki itu mendiamkan diri dan merancang untuk mengajar mangsa dengan caranya sendiri. 

Selepas selesai makan makan, si suami menunggu semua ahli keluarganya tidur, termasuk isterinya yang berusia 26 tahun itu. 

Apabila semua sudah tidur, dia meneruskan rancangannya untuk membakar mangsa. 

Mujur salah seorang ahli keluarga yang tinggal berdekatan datang membantu mangsa untuk melarikan diri. 

Suspek ditahan polis untuk siasatan lanjut. 



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 9/13/2019

0 comments:

Loading...