Tonton Trailer, Bad Boys Kembali Hiburkan Peminat Buat Kali Terakhir?

Posted on Friday, September 06, 2019 | 9/06/2019



Pergh! Siapa jer yang tak layang filem Bad Boys gandingan hebat diantara 2 orang pelakon, Will Smith dan Martin Lawrence ni. Filem detektif komidi yang popular pada sekitar tahun 90-an ini untuk pengetahuan korang, akan kembali memeriahkan pawagam yang dijangka akan dikeluarkan pada awal tahun hadapan dengan sekuel terbarunya.

Bad Boys for Life, itulah tajuk terbaru bagi filem ini dan mereka watak Detektif Mike (Will Smith) dan Detektif Marcus Burnett (Martin Lawrence) akan bergandingan lagi.

Untuk korang yang belum tengok lagi trailer filem ini, boleh tonton sekarang di YouTube rasmi Sony Pictures Entertainment dan dalam trailer terbabit kita dapat melihat kedua-dua watak utama dipamerkan sebagai anggota polis yang sudah bersara, namun terpaksa menyelesaikan misi buat kali terakhir.

Jadi ini mungkin penampilan terakhir mereka untuk Bad Boys dan Ohmedia dapat rasakan, mereka pasti hadir dengan lawak dan aksi yang lebih hebat kali ini. Jika tidak, rosaklah francies filem Bad Boys kan.

Akan ditayangkan pada 17 Januari 2020 dan tak sabar rasanya nak serbu pawagam dan terhibur dengan 2 pelakon hebat ini. Babak mana yang paling korang ingat dalam filem Bad Boys sebelum ini?


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Geekz


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/06/2019

0 comments:

Loading...