(Video) 'Bila periksa siapa yang ketuk pintu, bunyi ketukan beralih ke tingkap dapur' - Wanita hamil 7 bulan diganggu ketukan misteri


Viral di media sosial baru-baru ini, seorang wanita hamil diganggu dengan bunyi ketukan misteri pada waktu malam. 

Menurut anak lelakinya, Mohd Afwan berkata, kejadian itu berlaku semasa ibunya bersendirian di rumah di mana pintu utama diketuk. Tetapi apabila dia cuba melihat siapa yang berada di luar pintu, ketukan itu beralih pula ke tingkap dapur. 

Pada hari kejadian, bapa tirinya tiada di rumah kerana bertugas pada waktu malam. Ibu Mohd Afwan memaklumkan perkara itu kepada suaminya yang kemudian meminta dia merakam video pada lubang pintu untuk melihat siapa yang berada di luar rumah.


"Insiden ini berlaku pada ibu saya tahun lepas semasa dia hamil tujuh bulan. Ada sesuatu yang menganggu dia pada lewat malam. 

"Ketika itu dia bersendirian di rumah dan terdengar bunyi ketukan ini di tingkap dapur. Mujur tiada apa-apa yang berlaku selepas dia mendengar ketukan itu.

"Untuk makluman, kami tinggal di tingkat empat, mustahil ada orang yang sanggup panjat semata-mata nak ketuk tingkap dapur.


"Ini video selepas insiden bunyi ketukan misteri itu. Nak tunjukkan bahawa mustahil ada orang yang boleh panjat untuk ketuk tingkap." katanya.

Meskipun begitu, ada netizen beranggapan mungkin tingkap dapur itu diketuk oleh burung. Namun, Mohd Afwan menolak tanggapan itu kerana sebelum bunyi ketukan di tingkap dapur, pintu rumah mereka juga diketuk sebelum itu. 

"Saya tak rasa burung yang buat sebab sebelum ibu rakam video ini, ada bunyi ketukan di pintu utama tetapi apabila dia rakam video untuk melihat siapa yang mengetuk pintu, tiba-tiba ketukan itu pula beralih ke bahagian tingkap dapur," jelasnya. 

Sumber: Mohd Afwan


Sumber : thereporter.my