(Video) Lihat Hasil Senaman Saitama Selama 30 Hari


Ohmedia masa tengok anime One Punch Man musim pertama, memang dah terbayang untuk ikut teknik latihan yang Saitama lakukan dan tak sangka pula lelaki ni betul-betul buat dan berhasil pulak tu.

Kalau korang pernah layan anime ni, mesti tahu yang rahsia Saitama menjadi sangat kuat sehingga hanya menggunakan satu tumbukan untuk menghancurkan raksasa terkuat. Apa rahsia Saitama ni?

100 push ups, 100 sit ups, 100 squats & 10 kilometer running, every single day!

Jadi Sean Seah yang berasal dari Singapura ini mencuba teknik ini dan adakah ia berjaya?

Pada hari pertama cabaran, berat Sean adalah 70kg dengan body age 40 tahun. Selepas itu, Sean memulakan cabaran ini di level 5 dan untuk permulaan dia akan melakukan 50 kali untuk setiap jenis senaman dan 5 kilometer untuk larian dan ia dilakukan selama 2 minggu tanpa henti.

Selepas 2 minggu, Sean mendapati perubahan terhadap dirinya sudah mulai perlahan dan terus meningkatkan kepada level 7 dengan 70 kali setiap neman dan 7 kilometer larian.

Selepas 22 hari melakukan aktiviti ini Sean terus memulakan level 9 iaiti sebanyak 90 kali bagi setiap senaman dan 9 kilometer untuk larian. Pergh tak terbayang Ohmedia nak buat semua ni dalam 1 hari.

Tapi Sean tetap bersemangan dan pada keesokan harinya, hari ke023, dia terus melakukan level 10 dan diteruskan sehingga hari ke-30.


Jadi macam mana? Terasa nak buat tak? Korang tengoklah tu hasilnya yang hanya memakan masa selama 30 hari sahaja, ni kalau Sean teruskan, boleh terbang ke bulan terus ni macam Saitama. Apa-apa pun tepuk dada tanya selera. Kalau kita betul mahukan perubahan yang lebih sihat untuk diri, pasti boleh kita lakukan.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Public


Sumber: Oh! Media