(Video) Sumbat hampir 10 ekor kucing dalam guni untuk dipos


Viral di media sosial klip video yang mendakwa beberapa ekor kucing disumbat dalam guni dan dipos oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) berkata, hampir sepuluh ekor kucing dikesan berada dalam guni tersebut untuk dipos kepada penerimanya. 

Namun, pihak MAA berharap syarikat pos berkenaan dapat mengesahkan kejadian itu dan sekiranya benar berlaku, satu laporan akan dibuat kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia untuk melakukan siasatan. 

"Kedua-dua pengirim dan penerima juga perlu disiasat dan didakwa atas tindakan zalim yang dilakukan. 


"Pengeposan haiwan hidup dengan cara zalim sebegini bukanlah sesuatu yang baru dan sebelum ini dua ekor ular sawa juga ditemui dalam kotak pengeposan oleh kakitangan sebuah syarikat pos di Malaysia," kata MAA. 

Pihak MAA masih menunggu jawapan dari pihak pos berkenaan berhubung insiden itu. 



Sumber : thereporter.my