(Video) Tun Mahathir Gentar Dengan Israel? Memang Tak La


Perghh! Ohmedia memang tak boleh betul tengok bila seorang pemimpin bernama Tun Mahathir Mohamad berucap di pentas antarabangsa dan Ohmedia yakin mesti ramai yang rasa kagum dan bangga bila kita ada pemimpin seperti Tun Mahathir yang kita kenali sangat lantang bersuara, lagi-lagi bila ia mengaitkan negara tak wujud Israel.

Baru-baru ni, Tun Mahathir membuat kemunculan mengejut di Forum Kepimpinan Dunia University Columbia dan kehadiran Tun M di Amerika Syarikatjuga sebenarnya telah mencetuskan kontroversi. Wah, ada yang takut ke Tun M sampai sana?


Sampai ada yang mengwujudkan satu petisyen oleh penyokong Israel bagi meminta pihak pengurusan universiti untuk tidak memberikan laluan untuk Tun M berucap. Petisyen ini juga diwujudkan setelah portal, New York Post telah menaikkan tajuk ‘Columbia mengalu-alukan ucapan menyuntik kebencian asalkan ia antisemitik (prejudis terhadap Yahudi)’.

Pada hari berlangsungnya forum, tajuk 'Kedaulatan Undang-Undang dan Multilateralisme' tetap diteruskan dan seorang penuntut yang mengaku sebagai penyokong Israel telah bangun dan mengajukan soalan kepada Tun M berhubung pendiriannya terhadap Holocaust.

Aha, part ni best, masa ni Tun Mahathir dikatakan nampak bersahaja dan tenang dengan senyumannya sambil berkata-kata dan menjawab.

Kenapa saya tidak boleh kata apa-apa kepada Yahudi apabila ramai daripada mereka cakap pelbagai perkara buruk mengenai saya, mengenai Malaysia, dan saya tidak protes, saya tidak berdemonstrasi. Jika seseorang percaya dengan prinsip kebebasan berucap, ia sebenarnya mencakupi aspek di mana mereka harus ‘berlapang dada’ mendengar pandangan walaupun ia tidak sehaluan atau memihak kepadanya. Kebebasan berucap ialah anda bebas mengutarakan pandangan. Bila anda kata tidak, anda tidak boleh cakap seperti ini, tidak boleh jadi antisemitik (perjudis terhadap Yahudi), jadi ia bukan lagi kebebasan berucap. Saya tidak mempertikaikannya, tetapi saya ada (bertanya) siapa yang tentukan angka ini? Sekiranya keputusan dibuat oleh pihak berkepentingan, ia akan memberikan jumlah tertentu, manakala angka berbeza pula timbul dari kelompok ‘berhaluan kiri’. Jadi saya mengambil pendirian bahawa ‘holocaust’ memang berlaku yang menyaksikan ramai Yahudi terbunuh, malah pernah satu ketika saya bersimpati dengan mereka semasa perang tercetus. Ketika itu, saya sudah berada di sini untuk menyaksikannya, tetapi kamu belum lagi ada. jelas Tun M.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Makan


Sumber: Oh! Media