2 Jam Menunggu Untuk Mendaftar Di Hospital Selayang


Di Hospital Selayang hanya membuka beberapa kaunter daripada enam kaunter pendaftaran untuk memanggil pesakit mengikut nombor pendaftaran. Setiap bangku sudah dipenuhi dengan orang sama yang tak berganjak dan yang selebihnya terpaksa berdiri berejam-jam menunggu giliran mereka untuk dipanggil. Gila ke dua jam nak kena tunggu untuk mendaftar sahaja? Itulah suasana yang dilalui oleh pesakit-pesakit di hospital itu yang terpaksa mengambil masa berejam-jam untuk mendaftar dan membuat pembayaran.

Mereka terpaksa menunggu berejam-jam bahkan masa untuk berjumpa dengan doktor hanyalah berapa minit sahaja. Ada yang terpaksa datang awal pagi untuk dapatkan parkir di situ kerana dikatakan seawal 8 pagi, semua parkir sudah penuh dan ada yang mula parkir berlapis. Ada juga yang mengambil risiko disaman dengan meletakkan kereta di bahu laluan kiri dan kanan sepanjang jalan hospital.

Sumber dari unit perhubungan awam Hospital Selayang telah menyedari masalah yang dihadapi pesakit dan menyatakan kakitangan hospital tersebut perlu melayan 3,000 pesakit yang datang daripada seluruh pelusuk negara. Hospital Selayang adalah hospital rujukan pelbagai penyakit termasuk dari Sabah dan Sarawak yang menyebabkan keadaan sesak setiap hari.

OhMedia harap pihak pengurusan dapat mangambil tindakan untuk mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi di hospital tersebut dimasa akan datang supaya masalah tersebut tidak akan berulang lagi.


Sumber : Berita Harian

Sumber: Oh! Media