4,000 Risalah Banjir Diedar Seluruh Kemaman


Oleh: Ahmad Ezani Razali

KEMAMAN, 31 Oktober - Sebanyak 4,000 keping risalah berkaitan persediaan menghadapi sebelum, semasa dan selepas banjir telah diedarkan ke seluruh daerah Kemaman.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, risalah itu bagi membantu seluruh penduduk Kemaman khususnya bagi mendapatkan info atau panduan dalam menghadapi banjir jika ianya berlaku.

"Kita telah mengedarkan lebih 1,000 keping poster bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kemaman. Ia melibatkan DUN Kemasik, Kijal, Cukai dan juga Air Putih," ujar Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai,


Beliau yang juga Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu mengharapkan dengan panduan ini, sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan urusan seluruh penduduk di Kemaman ini.

Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh dijangka bermula 24 oktober sehingga Mac tahun depan dengan empat hingga enam episod hujan diramal berlaku dalam tempoh tersebut. Bagi fasa awal monsun iaitu sehingga awal 2020, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Sumber: teganukita.net