Anjing buta sebelah mata dipukul owner kerana kencing dalam rumah

Posted on Saturday, October 26, 2019 | 10/26/2019



Berang dengan anjing peliharaan berak dan kencing di dalam rumah, pemiliknya bertindak memukul haiwan itu sehingga cedera dan buta sebelah mata. 

Lapor Sohu, kejadian itu berlaku pada 22 Oktober lalu apabila anjing itu tidak dapat menahan diri lalu 'melepas' di dalam rumah. 

Pemiliknya yang ternampak anjingnya berbuat demikian terus membelasah haiwan itu dengan kayu dan tangannya. 

Setelah puas berbuat demikian, dia mengheret dua kaki belakang anjing itu ke tingkat bawah dan membuangnya di tepi jalan. 

Mujur ada jiran yang baik hati, Tang, menyelamatkan anjing itu selepas terdengar kekecohan yang berlaku di rumah pemiliknya. 

Tang meminta lelaki itu membawa anjing itu ke klinik haiwan tetapi lelaki itu tidak mengendahkannya. 

Kasihan melihat keadaan anjing itu yang cedera parah, dia terus membawanya ke sebuah klinik haiwan berhampiran.

Selepas diperiksa oleh doktor veterinar, Tang dimaklumkan anjing itu mengalami retak tulang, mata kanannya rosak dan terpaksa dibuang, selain organ dalamannya juga cedera. 

Doktor veterinar terpaksa melakukan pembedahan segera dan keadan anjing itu kini dilaporkan stabil, namun masih perlu dipantau. Sekiranya tiada sebarang masalah dalam tempoh tiga hari, anjing itu akan pulih seperti biasa. 

Selepas mengetahui anjing itu dirawat, pemiliknya meminta Tang menyerahkan anjing itu kepadanya semula. Tetapi Tang tidak mahu kerana bimbang kejadian yang sama akan berulang. 

Sumber: Sohu


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/26/2019

0 comments:

Loading...