Azalea Apartment Tidak Selamat Diduduki Kerana Berlaku Tanah Runtuh?

Posted on Friday, October 11, 2019 | 10/11/2019


Sumber gambar : Free Malaysia Today & Front Desk Azalea Apartment

Pusat gerakan operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku dibelakang Azalea Aprtment di Jalan Sri Pechala 1, Kampung Sri Pechala pada tengah malam semalam. Seramai 64 penghuni apertment tersebut terpaksa dipindahkan disebabkan kejadian tanah runtuh tersebut.

Sebanyak 24 penghuni unit kediaman di apartment itu telah dipindahkan ke Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail. Anggota bomba mengarahkan agar semua penghuni meninggalkan kediaman mereka setelah mendapati bahawa bangunan itu tidak selamat untuk diduduki. Pihak polis mengatakan bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan akan membuat kawalan keselamatan sekitar lokasi kejadian.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail mengatakan bahawa tanah runtuh yang berlaku dikawasan belakang apartment itu melibatkan kawasan berukuran 30x5 meter dan setinggi 6 meter.

Sumber : Bernama

+Baca respon pembaca Oh! Media.









Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/11/2019

0 comments:

Loading...