Batu Hampar FC Bawa Pulang Piala ADUN Manir 2019

Pasukan Batu Hampar FC meraikan kemenangan bersama Ustaz Hilmi  Dato' Harun dan  Piala kemenangan


Oleh: Ahmad Mawardi

HULU TERENGGANU, 5 oktober-Pasukan bola sepak Batu Hampar FC, muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak 11 sebelah Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir 2019 pada perlawanan Akhir di Stadium Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, malam semalam.

Batu Hampar FC merangkul kejuaraan kejohanan itu apabila berjaya menumpaskan Pulau Manis FC dengan tendangan penalti 3-2 selepas terikat 1-1.

Kejayaan itu melayakkan juara membawa pulang RM2,000 serta hadiah iringan manakala naib johan berpuas hati meraih RM1,000 dan hadiah iringan, tempat ketiga bersama berpihak kepada Binjai Manis FC dan Padang Machang FC, masing-masing membawa pulang RM500.

Pengarah Kejohanan Zulkifli Ngah berkata, kejohanan itu berlangsung meriah dengan kehadiran rakyat yang memberi soko­ngan kepada pasukan pilihan masing-masing daripada awal liga kejohanan hingga perlawanan akhir.

"Sebanyak 19 pasukan telah berentap bermula awal Ogos lalu dalam kejohanan anjuran Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Manir dengan kerjasama Penyelaras Pemuda DUN Manir yang julung kali diadakan ini.

“Meskipun hadiahnya tidak beberapa lumayan, pertandingan ini cukup bermakna kerana para penyokong dan pemain dapat berkumpul dan bertukar-tukar fikiran serta beramah mesra bersama,” ujarnya.

Hadiah-hadiah kejohanan disempurnakan oleh ADUN Manir, Ustaz Hilmi Dato' Harun selepas perlawanan berakhir.

Sumber: teganukita.net