'Bekas Datuk' Kantoi Simpan Banyak Jongkong Emas Dalam Rumah Setelah Diserbu!

Sumber gambar dari Harian Metro
Pihak berkuasa China telah bertindak menyerbu sebuah kediaman bekas datuk ini kerana siasatan mendapati bekas datuk berkenaan mempunyai sejumlah wang sebanyak RM154 billion didalam akaun banknya, yang dipercayai hasil rasuah ketika berkhidmat sebagai Timbalan Datuk Bandar Sanya dan Datuk Bandar Danzhou.

Serbuan berkenaan telah menemukan ribuan jongkong emas yang bernilai RM2.7 billion di rumah bekas datuk bandar berkenaan yang juga merupakan seorang pegawai kanan PArti Komunis China di Haikou, wilayah Hainan. Dia yang merupakan Setiusaha Jawatankuasa Parti Komunis di Haikou mempunyai kuasa setaraf datuk bandar.

Menurut info yang dilaporkan oleh Forbes,individu berkenaan mungkin lebih kaya dari Jack berdasarkan nilai harta yang dtemukan oleh pihak berkuasa China. Kalau macam ni punya kaya, 7 keturunan makan tak habis, silap-silap ahli keluarga dia tak payah kerja pun nak sara hidup.

Sumber: Harian Metro

+Baca respon pembaca Oh! Media.





Sumber: Oh! Media