Bekas Pelajar Dan Peserta Akademi Fantasia Meninggal Dunia

Posted on Thursday, October 03, 2019 | 10/03/2019



Semalam, kita dikejutkan dengan pemergian seorang penyanyi yang telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur. Kalau korang layan program Akademi Fantasia dari dulu mesti korang kenal Shazroul Fazli iaitu bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ke 4. Shazroul berumur 34, meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada usus pada 6.20 petang semalam.

Keluarganya reda dengan pemergiannya. Shazroul telah melalui sebanyak dua kali pembedahan yang agak berisiko baru-baru ini. Doktor membuat pemotongan usus yang bocor sepanjang 90 sentimeter pada 10 September lalu dan kelmarin. Berat badan Shazroul juga dikhabarkan menurun secara mendadak daripada 61kg ke 45kg.

Semoga arwah Shazroul berada dikalangan orang-orang yang beriman dan semoga keluarga dan kenalan rapatnya tabah dengan pemergian Shazroul. Al-Fatihah

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube






Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/03/2019

0 comments:

Loading...