Ben Amir Cuba Jadi Hantu Dalam Drama Seterusnya

Posted on Friday, October 11, 2019 | 10/11/2019



Wow! Ben Amir pun boleh jadi hantu ke? Kejap-kejap, Ben Amir ni siapa sebenarnya? Adoi, korang ni, Ohmedia tengok ramai betul yang buat-buat tak kenal dengan si Ben ni. Ben Amir ni lah yang berlakon dalam drama Sweet Dreams dan jadi satu fenomena hari tu.

Tapi Ben Amir ni memang dah lama berlakon, cuma makin menjadi kegilaan gadis bila penampilannya berubah kepada rambut panjang lurus dan terjuntai kat depan muka.

Tapi, sekarang katanya Ben Amir ni jadi hantu pun nampak hensem dan ini dapat dilihat dalam satu teaser hasil lakonannya berjudul ‘Penaklukan Syaitan. Sebuah telemovie arahan Michael Ang, melihatkan pada teaser yang dikongsikan itu ia bergenre seram.



A post shared by BenAmirr (@benamirr) on

Nampak macam menjadi watak yang dipegangnya itu. Nak tahu seram ke tidak, tengoklah nantinya dan siap sedia untuk cair lagi.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/11/2019

0 comments:

Loading...