Berita Baik Buat Ibu Mengandung Yang Bekerja Di Sektor Swasta!

Posted on Wednesday, October 09, 2019 | 10/09/2019


sumber gambar dari Google
Berita baik kenalah kita kongsikan bukan? Disini Ohmedia nak kongsikan berita baik kepada ibu-ibu mengandung diluar sana, khususnya ibu-ibu yang bekerja disektor swasta.

Kementerian Sumber Manusia dalam cadangan untuk meminda Akta Kerja 1955 bagi membolehkan ibu-ibu mengandung yang bekerja di sektor swasta menikmati cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari.

Bukan sahaja ibu mengandung, golongan bapa turut menikmati cuti yang sama. Tapi taklah sampai 90 hari. Cuti yang diberikan ialah cuti paterniti, cuti isteri bersalin selama 3 hari.

Timbalan menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, dipetik dari Metro Online draf pindaan berkenaan sudah disiapkan sebelum dibawa ke mesyuarat Kabinet dan akan dibentangkan di Parlimen dalam tempoh terdekat.

Sumber: Metro Online

+Baca respon pembaca Oh! Media.





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/09/2019

0 comments:

Loading...