Call Of Duty: Modern Warfare Akan Dilancarkan Pada 25 Oktober 2019

Sumber Gambar: Xbox Wire

Call of Duty: Modern Warfare adalah permainan menembak yang dibangunkan oleh Infinity Ward untuk Platform PlayStation 4, Xbox One dan PC. Untuk pengetahuan korang, Call Of Duty : Modern Warfare merupakan permainan keenam belas dalam francais Call Of Duty. Fuhhh boleh tahan banyak jugak game yang Call Of Duty dah hasilkan.




Modern Warfare kali ini dikatakan lebih realistik dan yang menariknya ia akan menyokong cross-platform multiplayer. Activision juga mengesahkan bahawa season pass telah dibatalkan. Ini membolehkan syarikat tersebut mengedarkan post-launch content secara percuma kepada semua pemain.



Call Of Duty: Modern Warfare akan dilancarkan pada 25 Oktober ini di Platform Playstation 4, Xbox One dan PC. Sebelum ianya dilancarkan korang boleh lah datang bermain siri lain Call Of Duty di Oh Media Gaming. So, korang yang belum lagi sampai OMG tu boleh terus search Google Maps atau Waze "Oh Media Gaming" dan ikuti kami di Facebook Oh Media Gaming - OMG dan Instagram @ohmediagaming.




+Baca respon pembaca di Oh! Media



Oh! Media Public









Sumber: Oh! Media