"Cara Kami Membuat Persembahan Di Pentas Itu Seolah-Olah Ada Kaitannya Dengan Dadah" - Akim Ahmad

Posted on Wednesday, October 09, 2019 | 10/09/2019



Bila korang tengok someone makin kurus je, mesti korang cakap dia mengambil dadah kan? Tak semestinya bila orang tu semakin kurus dia ambil dadah tau? Mungkin orang tu jatuh sakit ataupun penat bekerja dan menjaga anak.

Janganlah korang menjatuhkan sesebuah hukum terhadap seseorang tanpa bukti. Tu kan boleh menimbulkan fitnah. Berdosa tau! Netizen zaman sekarang boleh tahan juga ya memfitnah orang lain terutamanya artis sebab nak puaskan hati sendiri.


Haa macam tu lah Akim Ahmad rasa sekarang ni dan dia menafikan bahawa dia tak ambil pun dadah. Badan dia makin susut sebab tak cukup rest, ya lah dia dah ada anak-anak kan? Fokus dengan kerjaya lagi untuk mencari rezeki yang halal demi keluarga tercinta.

Kita ada keluarga, jadi perlu jaga aib keluarga dan anak-anak. Tuduhan itu membuatkan saya rasa sakit hati juga. Saya kurus sebab menjaga anak, tidur lewat malam sebab nak cari ilham lagu baru dan perancangan karier. Selepas itu saya perlu bangun awal pagi untuk menguruskan anak-anak. Secara tak langsung fizikal pun merosot. Kadang-kadang makan pun terlepas sebab asyik nak suap anak. Isu dadah sering dikaitkan dengan muzik. Bagi saya nak bermain muzik tak semestinya ada dadah. Orang berprasangka sedemikian daripada dulu lagi dan ia berkait sampai sekarang. Cara kami membuat persembahan di pentas itu seolah-olah ada kaitannya dengan dadah. Hakikatnya tiada spesifik individu pun yang terpalit dengan dadah. Ia sebahagian daripada mentaliti masyarakat sebenarnya.

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/09/2019

0 comments:

Loading...