Ibu Bapa Sulli Berperang Untuk Bahagikan Harta Sebanyak RM18 Juta?


Haritu kita dikejutkan dengan kematian seorang selebiti Korea iaitu, Sulli yang dijumpai mengantung diri di dalam biiknya akibat tekanan perasaan. Kisah Sulli ini telah mendapat perhatian dunia apabila ramai orang mula sedar tentang bahayanya siber buli kepada seseorang.

Tapi, Ohmedia agak terkejut apabila di saat ramai peminat Sulli sedih dengan pemergiannya, lain pula apa yang terjadi kepada keluarga Sulli.

Menurut satu laporan dari MalayMail, ibu bapa Sulli dikatakan sedang berperang mengenai hal urusan pewarisan harta milik Sulli. Difahamkan, harga yang ditinggalkan oleh Sulli berjumlah hampir RM18 juta. Ini semua nampaknya harta yang Sulli telah kumpulkan, walaupun akhirnya memilih untuk meninggalkan dunia ini pada usia 25 tahun.


Tetapi, abang kedua Sulli iaitu Choi Daehee tidak ingin terlibat dalam pembahagian harta dan tidak mahu harta milik Sulli selepas dia tidak sanggup membelanjakan duit hasil usaha Sulli selama ini.

Untuk pengetahuan korang, undang-undang Korea, kesemua harta pusaka boleh dibahagikan di antara ahli keluarga merangkumi ibu bapa, pasangan, anak, dan adik-beradik kerana Sulli pergi tanpa meninggalkan sebarang wasiat. Memandangkan Sulli masih belum berkahwin, jadi ia akan dibahagikan kepada ibu, bapanya, dua orang abang dan seorang adik lelaki.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media