iPhone 11 Baru Sahaja Dilancarkan Dan Kini Muncul Pula iPhone 12?

Posted on Wednesday, October 02, 2019 | 10/02/2019



Wow! Ohmedia pun belum habis lagi main dengan iPhone 11 dan sekarang tersebar pula gambar yang mengatakan inilah rekaan untuk iPhone 12. Pergh, baru je minggu lepas iPhone perkenalkan 3 model terbaru mereka iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max. Jadi, macam mana pula rupa iPhone 12 ni?



Ini iPhone 11 warna merah. Kalau tahun lepas, standard iPhone 11 ni cuma terletak pada paras iPhone XR atau kata lainnya, iPhone versi mampu milik. Bila masuk siri ke-11 ni, Apple bijak untuk letak nama bagi iPhone versi mampu milik ni sebagai iPhone 11 manakala yang tahun lepas guna XS atau XS Max tu, Apple namakan sebagai iPhone 11 Pro & iPhone 11 Pro Max. . Jadi basically bagi mereka yang pakai iPhone 11 akan rasa sebaris kerana tak dilabel pakai iPhone tak cukup sifat macam siri R sebelum ni. Huhu. . Apa yang membandingkan iPhone 11 & iPhone 11 Pro? Hmmm Ohmedia tak suka cerita bahasa teknologi atau spec atas kertas tapi lagi suka guna bahasa yang semua orang boleh faham (filem 3 Idiots ada bagi contoh pasal benda ni? Alaa yang pasal buku teks tu. Hehe). . Perbezaan paling ketara tentulah kamera dia. 2 lens VS 3 lens. Agak-agak lens apa yang missing? Ya, Telephoto lens. Ala yang guna untuk 2x zoom-in tu atau nak ambil gambar portrait dengan bokeh yg cantik kat belakang tu. Lens yang dah ada sejak dari iPhone 7 Plus & jarang digunakan. . Ada masalah ke bila lens tu dah tak ada? Nope sebab sekarang boleh ambil gambar portrait guna ultrawide lens jer. Tapi instead boleh zoom 2x, sekarang ni korang boleh zoom out 2x la pulak. . Selain tu, skrin dia bazel besar sikit. Display masih cantik tapi tak secantik di iPhone 11 Pro sebab iPhone 11 masih gunakan LCD berbanding OLED. Tapi LCD pun dah kena tuned jadi cantik gila pun. . Performances semua sama sahaja macam iPhone 11 Pro dan Pro Max tapi saiz bateri je yang jauh beza dek kerana size dia. . Apa yang menyedihkan, iPhone 11 masih diberi charger dan cable yang sama sejak 7 tahun lalu. Hanya iPhone 11 Pro dan Pro Max sahaja yang dapat cable dan fast cherger kat dalam kotak. Zzzz. . Patut ke korang beli? Ya, kalau setakat cukup nak ada iPhone based on apa urusan harian korang. Tidak, kalau nak kamera yang lebih advanced. Kalau nak guna to the max, pergi ke iPhone 11 Pro atau Pro Max terus la ye. Korang patut tahu apa yang perlu untuk diri sendiri. . Harap apa yang OM tulis ni sedikit sebanyak membantu korang yang sedang berkira-kira tu ya. . #OhmediaiPhone #OhmediaApple
A post shared by Oh! Media (@ohmedia) on

Rekaan terbaru ini telah tersebar dari laman web Bgr.com dan apa yang menarik perhatian Ohmedia adalah, rekaan kali ini mengembalikan semula rupa bentuk iPhone 4 dan digabungkan bersama rekaan iPhone 11.


Kalau korang tengok gambar-gambar ni, memang nampak jelas logam yang mengelilingi iPhone 12 ini, sama dengan yang ada pada peranti iPhone 4. Apa yang paling best adalah, untuk rekaan iPhone 12 ini juga, notch pada permukaan skrin hadapan juga telah dibuang dan menjadikan ia lebih luas dan bersih.


Tapi takkan tak ada kamera hadapan? Eh, cuba korang tengok betul-betul dekat bahagian atas penghujung skrin tu. Semua kamera dam semsor telah dikecilkan dan disusun di bahagian atas. Cantikkan? Tapi macam seram pula sebab kalau jatuh dan terkena bahagian hujung tu, habislah kamera terkeluar, haha. Apa-apa pun inilah hanyalah ramalan dan nantikan review penuh Ohmedia untuk peranti iPhone 11.



+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/02/2019

0 comments:

Loading...