'Isteri cakap doktor masuk dalam rumah untuk solat, takkan solat selama 3 jam?' - Suami tampil jelaskan kenapa dia belasah doktor itu


Susulan viral video lelaki belasah doktor yang didakwa mengganggu isterinya semasa dia bekerja di Dubai, lelaki terbabit tampil memberi penjelasan mengapa dia berbuat demikian meskipun adik iparnya berkata perkara itu telah selesai. 

Aiman Ariff Ahmad Amirudin berkata, dia bertindak sedemikian kerana doktor terbabit tidak mengendahkan amarannya sebelum ini yang meminta agar doktor itu tidak lagi berjumpa dengan isterinya, Intan, 28. 

"Saya belum gila nak pukul orang, sebab saya tak pernah ada rekod jenayah sebelum ini. Tapi siapa tak marah kalau dengan bangganya doktor tu masuk rumah saya? 

"Mula-mula isteri cakap doktor masuk ke dalam rumah untuk solat, tapi takkan solat selama tiga jam? Saya juga pernah warning doktor itu pada 19 September lalu minta jangan jumpa wife saya lagi. 

"Saya call dia dari Dubai, tengok-tengok saya dapat video bukti mereka masih lagi berjumpa sehari selepas saya call dia. Apa awak rasa?" katanya. 

Aiman menafikan dia cemburu dan selalu menuduh isterinya yang bukan-bukan, tetapi menegaskan dia sebagai suami hanya mengambil berat akan isterinya apabila dia tiada berada di sisi wanita itu. 

"Saya tak rasa ini isu jealous tetapi curang. Isteri orang curang dengan suami orang. Mana keadilan saya seorang yang dianiaya?" katanya. 

Aiman mula menyedari Intan mempunyai hubungan sulit dengan doktor itu semenjak lapan bulan lalu setelah dimaklumkan oleh ibu mentuanya kerana dia tidak mahu bersubahat. 

"Sejujurnya isteri saya dah curang dekat lapan bulan. Saya dapat tahu pun dari mak mentua saya kerana dia tidak mahu bersubahat. Isteri minta cerai sejak dari awal tahun lagi. Dia juga pernah block nombor telefon saya selama tiga bulan. Waktu itu dia sedang hangat bercinta dengan doktor itu tetapi saya tiada bukti ketika itu. 

"Sebab itu saya berdiam diri dan bertnaya mana salah saya. Selepas solat istikharah, Alhmadulilah semuanya terbongkar. Saya ada semua bukti, access card keluar masuk, video CCTV, video pengakuan mereka berdua termasuklah resit hotel," katanya. 

Aiman berharap isterinya insaf selepas apa yang telah berlaku dan dia tidak memukul isterinya kerana tindakan itu akan menjadikan dia seorang lelaki yang dayus. 

"Saya tak pukul dia, dayus kalau lelaki pukul perempuan. Macam mana jahil pun jangan pukul perempuan. 

"Tipulah saya tak sayang isteri saya lagi. Tapi menipu itu adalah pilihan. Jangna pernah salahkan orang lain kerana itu pilihan awak. 

"Saya tak cakap apa yang saya buat itu (belasah doktor) itu betul. Sebab itulah selepas pukul doktor itu, saya sendiri ke balai untuk serah diri," katanya. 

Mengenai kenyataan di Twitter yang kononnya dimuat naik oleh adik ipar, Aiman menjelaskan adik iparnya itu ada menghubunginya dan menafikan tweet itu dari dia. 

"Saya dapat mesej dari adik kedua wife beritahu tidak tahu menahu mengenai tweet yang tular di Twitter. Setahu saya dia tak ada Twitter. 

"Kalau tweet itu adik dia yang buat, takkan mak mentua dan adik beradik wife bagi semangat dekat saya," katanya. 

Sumber: mStar Online

LAPORAN BERKAITAN


Sumber : thereporter.my