'Jauh berbeza...' - Gambar Cleopatra sebelum & selepas jadi bualan netizen


Netizen tetap netizen, pantang timbul rasa curiga atau ingin tahu mengenai sesuatu isu yang timbul pasti akan digali dan digali sehingga ke lubang cacing. 

Baru-baru ini media sosial digemparkan dengan isu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dengan seorang wanita bernama Cleopatra atau nama sebenar. Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, yang dituduh lelaki transgender. 


Bagaimanapun, Syed Saddiq menafikan perkara itu dan menegaskan Cleopatra adalah wanita tulen. Netizen terutamanya makcik bawang tetap enggan percaya. 

Kesal dengan dakwaan tidak berasas dan fitnah itu, bekas suami Cleopatra, Datuk Mohd Nasir, tampil mempertahankan ibu kepada dua orang anaknya itu. 



"Saya harap fitnah ini dihentikan kerana ia tidak memberi manfaat. Sebaliknya hanya mencemarkan nama baik bekas isteri saya dan pihak lain yang turut dikaitkan dalam hal ini. 

"Fitnah ini bukan hanya memberi kesan kepada bekas isteri, saya dan anak kami yang masih kecil, tetapi keluarga kedua-dua belah pihak," tegasnya. 

Dan pagi semalam, pengguna Twitter, @sadlonelyspace, memuat naik gambar Cleopatra yang lama yang nampak jauh berbeza dengan dirinya yang terkini, berserta dengan beberapa info mengenainya. 











LAPORAN BERKAITAN


Sumber : thereporter.my