"Kak Dah Redha Dengan Ujian Ini" - Mangsa Kebakaran

Posted on Thursday, October 31, 2019 | 10/31/2019



Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 30 Oktober- Wan Saudah Wan Muhammad atau lebih dikenali sebagai Kak Dah redha dengan ujian yang dihadapi apabila rumah kediamannya hangus terbakar.

Bencana yang berlaku di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut pada pagi 28 Oktober yang lalu menyebabkan beliau tidak dapat menyelamatkan apa-apa barangan berharaga dan tinggal sehelai sepinggang

Kak Dah yang merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai empat orang anak sedang berniaga di Pasar Borong di Kampung Lampu ketika kejadian berlaku.

"Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku namun saya redha.


"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada yang telah menghulurkan sumbangan kepada saya," ujar Wan Saudah.

Oleh itu, menurutnya, beliau diberitahu oleh oihk bomba kebarakan tersebut disebabkan litar pintas.

Sementara itu, Pegawai Daerah Besut, Haji Rozali Salleh, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh dan Pegawai Agama Daerah Besut, Ustaz Zahari Sulong telah menziarahi Kak Dah pada semalam, 30 Oktober.

Dalam lawatan itu, Haji Azbi telah emnympaikan sumvabangan bagi meringankan beban yang dihadapi Saudah.

"Pihak Pusat Khidmat DUN Kuala Besut dan Pejabat Daerah Besut akan berusaha bagi mendapatkan sebuah rumah kepada Wan Saudah dalam masa terdekat," ujar Haji Hasbi.

Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 10/31/2019

0 comments:

Loading...