"Kulit Wajah Saya Rosak Kerana Solekan Yang Saya Guna" - Izara Aishah

Posted on Wednesday, October 02, 2019 | 10/02/2019



Siapa je tak kenal pelakon cantik yang berambut panjang, Izara Aishah? Alaa kalau korang tengok dia berlakon dalam drama mesti ada slang utara dia, tak pun dia ni jenis yang happy go lucky kan? Hehehe.

Sis suka tengok Izara Aishah sebab suka buat hal dia sendiri tau tetapi baru-baru ni dia memberitahu yang kulit mukanya rosak sebab pakai makeup lama sangat time dia shooting untuk drama Jodoh-Jodoh Annisa dan siri Ombak Rindu.


So doctor suruh dia berehat buat sementara. Mana taknya, time dia tengah shooting drama Jodoh-Jodoh Annisa, dia kena berlakon dekat sebuah kilang yang berhabuk manakala shooting untuk Ombak Rindu pula dia kena menyelam dalam sungai. Aduh!

Sebenarnya saya menjalani penggambaran tanpa henti dari drama bersiri Jodoh-Jodoh Annisa yang mengambil masa setahun kemudian terus ke set Ombak Rindu. Oleh sebab itu, kulit wajah saya rosak kerana solekan yang saya gunakan sepanjang penggambaran itu terlalu lama hingga ia difahamkan telah meresap ke dalam kulit. Jadi selepas berjumpa dengan doktor pakar kulit, dia nasihatkan untuk saya berehat seketika. Semasa menjalani penggambaran Jodoh-Jodoh Annisa kulit saya menjadi teruk lebih-lebih lagi apabila terpaksa shooting di sebuah kilang yang penuh dengan habuk. Selepas itu, di set Ombak Rindu pula saya perlu menyelam di dalam sungai dan tidak lama selepas itu kulit muka saya naik penuh dengan biji-biji.

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/02/2019

0 comments:

Loading...