Lagi budak lemas akibat terjatuh dalam tangki kumbahan

Posted on Thursday, October 10, 2019 | 10/10/2019



Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun lemas dipercayai terjatuh ke dalam tangki kumbahan di Batu 5, Jalan Gambang, malam tadi. 

Mayat mangsa ditemui dalam keadan terapung pada jam 9 malam sebelum dikeluarkan dengna bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota. 

Sebelum itu, ibu mangsa meminta bantuan orang ramai di media sosial untuk mencari anaknya yang hilang. 

Difahamkan, mangsa dilaporkan hilang selepas keluar bermain dengan pada waktu petang. 

Selasa 8 September lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun juga dilaporkan lemas selepas terjatuh dalam lubang kumbahan di kawasan kediamannya. 

Sumber: Sinar Harian


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/10/2019

0 comments:

Loading...