LKIM Terengganu Sedia 12,000 Tan Metrik Ikan Hadapi Musim Banjir

Foto ihsan - Malaysia Gazette.

Oleh Fidee Aziz


KUALA TERENGGANU, 28 Oktober - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu telah menyediakan stok ikan sebanyak 12 ribu tan metrik untuk menghadapi musim tengkujuh.

Pengarahnya, Tengku Mohd Anuar Tengku Mahmood berkata, stok ikan tersebut akan ditempatkan di Kuala Besut dan Dungun.

“Kami akan mengagihkan ikan ke Kuala Besut untuk tujuan penghasilan produk-produk yang berasaskan Industri Kecil dan Sederhana (IKS),” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Dalam pada itu, menurutnya bekalan ikan akan terjejas sebanyak 15 ribu tan metrik dengan kos anggaran sebanyak RM100 ribu akibat kebakaran di Pelabuhan Chendering minggu lalu.
Tengku Mohd Anuar.

“Perkhidmatan terhadap nelayan akan terjejas disebabkan pembakaran tersebut malah ia akan mengurangkan bot-bot untuk masuk ke pelabuhan ini.

“Kemudahan infrastruktur minyak dan air batu hendaklah diperbaiki secepat mungkin bagi memastikan mereka boleh keluar menangkap ikan dengan cepat.

“Pentafsiran kos pukal sebanyak RM150 ribu untuk memperbaiki infrastruktur tersebut dan memberi impak kepada seramai 4,000 orang isi rumah untuk pembekalan ikan ini,” tambah beliau.



Sumber: teganukita.net