Masyarakat Digesa Makmurkan Masjid



Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 9 Oktober- masyarakat digesa memakmurkan masjid dan melazimi kuliah-kuliah ilmu agar dapat membentuk kehidupan yang sejahtera.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, ahli jawatankuasa (AJK) yang baru dilantik mengajak seluruh ahli-ahli kariah menghayati hidup berjemaah.

"AJK yang dilantik perlu memikul amanah ini dengan sebaik mungkin bagi menghidupkan lagi aktiviti di masjid.


"Gunakanlah ruang yang ada ini untuk mendidik masyarakat supaya mendekati majlis-majlis ilmu," ujarnya.

Beliau berkata ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Ahli Jawatankuasa Masjid DUN Kuala Besut bagi sesi 2019 sehingga 2021 di Masjid Kampung Baharu, pada semalam.

Turut hadir dalam majlis itu, ialah Pegawai Agama Daerah Besut, Ustaz Zahari Sulong.

Menurutnya, sebanyak 15 buah masjid di DUN Kuala Besut menerima Ahli Jawatankuasa yang baharu.

Beliau juga menyeru agar pihak masjid turut mengambil cakna kepada surau-surau yang berdekatan.



Sumber: teganukita.net