Norshila Tidak Mahu Anak-Anak Tumpang Popularitinya Untuk Naikkan Nama


Norshila, penyanyi terkenal pada era 1980-an yang popular dengan lagu Aku Sudah Jatuh Cinta dikurniakan empat orang cahaya mata yang mempunyai bakat menyanyi yang sama dengannya. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, betul tak?

Keempat-empat anaknya mempunyai minat yang mendalam untuk mencipta lagu dan bermain muzik. Hasil dari pemerhatian Ohmedia juga, dapat dilihat anak-anak Noshila ni memang rajin memuat naik klip video bermain muzik di Youtube. Norshila nampak kesungguhan anaknya dalam bidang ini, tetapi beliau tidak mahu anaknya menumpang namanya sebagai senior artis dan lebih suka keempat-empat anaknya usaha untuk menaikkan nama sendiri. Bagus la macam tu kan?

Dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak-anaknya, Norshila sedia bekerjasama dengan anak-anaknya untuk membuat single terbaru yang berjudul "Lari".

Single berjudul "Lari" itu diharapkan dapat menjadi lagu latar untuk pertandingan sukan kerana lagu tersebut dibuat dengan unsur motivasi. Dengan klip video lagu tersebut, diharapkan Norshila dapat bergiat aktif kembali dalam bidang seni. Lagipun sekarang ni Norshila akan mengambil bahagian dalam program realiti Gegar Vaganza 6. Orang kata, ini adalah satu batu loncatan untuk Norshila kembali menaikkan namanya dalam bidang seni seperti zaman muda-mudanya dulu. Jadi korang yang rindukan persembahan Norshila ni, kenalah layan GV6 nanti.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube





Sumber: Oh! Media