'Parut czer dah 2 tahun 8 bulan, tetiba bengkak & keluar darah banyak'


Wanita yang melahirkan anak, perlu penjagaan yang rapi dari segi kesihatan, pemakanan dan juga kebersihan. Ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan pula perlu penjagaan yang lebih rapi dari ibu yang bersalin normal. Ini kerana jika jahitan luka pembedahan tidak dijaga dengan baik, kemungkinan luka pembedahan akan mengalami jangkitan kuman dan memberikan kesan yang lain.

Wanita ini berkongsikan pengalaman, luka pembedahannya kembali bengkak dan kemerahan. Dia juga menasihati wanita lain yang pernah mengalami pembedahan supaya sentiasa berjaga-jaga dan menjaganya dengan baik.

I HAVE to share this. And please dont judge me. Benda ni jadi balik semalam, tempat bekas luka ceaser Sha bengkak balik semalam. Jadi kemerahan. 

Tapi bukan luka tu terbuka balik ye, kat hujung belah kanan luka tu, macam ada satu lubang. Dan lubang tu terjadi akibat jahitan luka tu tidak sempurna atau tidak cantik. Dan infeksi tu mudah singgah. Dan infection ni hanya pada kulit sahaja tau.

So Sha bersihkan and letak cream sapu for infection. Then biarkan je.  Sha since hari tu yang sampai bernanah tu. Tak pernah sekali pun lupa lap dan keringkan. Pakai panties dan seluar pun tak ketat. But, still jugak bengkak balik. 

And pagi ni bangun nak cek, panties Sha bahagian bawah getah jadi basah. Allah, pecah ke? Warna kekuningan. I dont think nanah, tapi air bisa. Then cepat-cepat Sha bersihkan. Tengah-tengah sapu, nahhhh keluar darah yang banyak. Dan sangat-sangat pedih. Sha akan pergi jumpa doktor balik untuk ambil antibiotic. Sebab thats the only way. 

Guys, benda ni tiba-tiba. Unpredictable. I have to share this. Untuk sesiapa yang pernah bersalin ceaser, supaya jaga makan, jaga kebersihan. Sebab we dont know what gonna be happen. Parut ni sudah 2 tahun 8 bulan. 

Buat niat nak takutkan. Tapi untuk berjaga-jaga.



Sumber : thereporter.my