Pasangan Ibubapa Ini Guna Netflix Je Untuk Didik Anak Mereka? Seriuslah?!

Sumber gambar dari LadBible
Kedengaran agak janggal menggunakan laman video sosial lebih-lebih Nettlfix, namun Ohmedia lihat ia sebagai satu pendekatan baru ibubapa untuk mengajar anak-anak. Namun,  Taylor Catron, 24, dan suami Derek, 28, dari Ohio, Amerika Syarikat, membuat keputusan berani untuk tidak menghantar anak-anak mereka kesekolah seperti kebiasaan ibubapa yang lain. Tindakan ini dibuat selepas meneliti sekolah rendah di kawasan tempat tinggal mereka.

Sumber gambar dari LadBible
Mereka lebih memilih untuk melakukan 'homeschooling' daripada memilih anak-anak mereka belajar secara konvensional di sekolah-sekolah. Mereka mendakwa, cara berkenaan tidak relevan dan dilihat tidak meningkatkan daya kreativiti anak-anak. Pasangan berkenaan mengajar kaedah ini pada ketiga-tiga anak mereka. Mereka menambah, kaedah pengajaran mereka bukan sahaja fokus kepada keseronokan dan permainan bahakan mereka juga turut mengadakan kerja rumah unutk mereka siapkan.

"Saya cuba melakukan banyak pembelajaran berasaskan permainan, kita pergi ke zoo dan muzium dan pusat pembelajaran banyak! Kami melakukan pembelajaran berstruktur - kami mempunyai pelbagai buku kerja yang kami gunakan - tetapi cuba simpannya sekecil mungkin. Kami mahu mereka belajar melalui kehidupan sebenar, ada begitu banyak pelajaran yang tidak dapat diajar dalam kelas. Tidak banyak yang diajar di sekolah yang kita mahu anak-anak kita belajar dan saya tidak percaya dalam ujian standard dan semua itu. Apa yang kami lakukan sangat baik untuk kami dan anak-anak kami adalah orang yang pintar selalu terkejut selepas mengadakan perbualan dengan mereka. Ini adalah pilihan terbaik yang kami buat untuk anak-anak kami, saya fikir." kata ibubapa berkenaan.


Turut mendakwa, mereka menggunakan Netflix sebagai pendekatan mereka untuk mengajar anak-anak mereka. Mereka mendapati perkembangan teknologi ini memberi kesan positif kepada pembelajaran anak-anak mereka.

"Kami telah menonton beberapa dokumentari Netflix - Our Planet, Life Story, Abstract, Oceans, Blue Planet, Explained, Nature's Weirdest Events, Growing Up Wild, Age of Tanks dan banyak lagi. Beberapa rancangan kegemaran mereka yang lain ialahMotown Magic, Wild Kratts, Super Why, Word Party, Storybots dan The Magic School Bus. Saya rasa ini adalah pendidikan kerana mereka menonton dan belajar kata-kata, penyelesaian masalah, kebaikan, kreativiti, fakta-fakta yang menyeronokkan, adab dan banyak lagi - dengan cara dan melalui watak-watak yang mereka nikmati," tambah mereka.

Sumber: LadBible


+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!


Sumber: Oh! Media