'Patutlah sedap semacam...' - Restoran tomyam jijik di Bukit Katil ini dikompaun RM156,990, tutup 14 hari

Posted on Friday, October 25, 2019 | 10/25/2019



Sebuah restoran masakan Thai (tomyam) di Bukit Katil di sini diarahkan tutup selama 14 hari dan dikenakan kompaun sebanyak RM1,300 oleh Jabatan Kesihatan negeri semalam selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Low Chee Leong berkata, dalam operasi selama empat jam bermula jam 8 malam tadi, sebanyak empat notis kompaun terhadap pengusaha premis makanan dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan termasuk pekerja tidak mempunyai suntikan tifoid.

"Operasi tersebut dilakukan setelah mendapat maklumat awam berkaitan isu tersebut yang tular di media sosial sejak semalam dan pemeriksaan mendapati premis berkenaan berada pada tahap kebersihan 70 peratus ke bawah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beberapa gambar restoran tomyam itu terutama bahagian lantai yang kotor dan dapur yang menjijikkan mendapat respons negatif daripada netizen selepas ia tular di Facebook semalam.





Mengulas lanjut, Low berkata pemilik restoran perlu melakukan pembersihan menyeluruh dalam tempoh penutupan dan akan diperiksa sekali lagi oleh Jabatan Kesihatan sebelum dibenarkan beroperasi semula.

Sementara itu, katanya Jabatan Kesihatan negeri telah mengeluarkan kompaun bernilai RM156,990 melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 2009 menerusi 181 operasi kebersihan makanan yang dijalankan dalam tempoh 1 Jan hingga 29 Sept lepas.

"Kita juga telah mengeluarkan sebanyak 1,146 notis kesalahan serta memeriksa sebanyak 4,485 premis makanan dan minuman di sekitar negeri itu dalam tempoh tersebut," katanya.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 73 premis telah diarah tutup selama 14 hari kerana tidak mematuhi akta atau peraturan sedia ada.

Sumber: Bernama


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/25/2019

0 comments:

Loading...