Pelajar Bebas Pilih Subjek Yang Diminati Tahun Hadapan?

Posted on Saturday, October 12, 2019 | 10/12/2019



Wow, untunglah adik-adik sekolah menengah akan datang. Inilah yang Ohmedia nak masa belajar dulu. Untuk pengetahuan korang, bermula tahun hadapan, semua pelajar yang akan memasuki tingkatan empat, dikatakan bakal diberikan kebebasan untuk memilih subjek yang mereka minati dan tidak lagi terikat untuk mengikut aliran sastra atau sains.

So, ini bermaksud tiada lagi aliran sains dan sastera.

Ohmedia memetik kenyataan dari Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang dikeluarkan oleh portal Malaysia Gazette.

Pelajar boleh memilih subjek mengikut minat dan kecenderungan masing-masing, pihak sekolah pula akan mengaturkan kelas mengikut pilihan subjek oleh pelajar.

Jadi, adik-adik PT3 lepas ni kena lebih bijak untuk memilih dan mengetahui minat dan kemampuan diri selain dari bertanya kepada ibu bapa, guru dan mereka yang lebih mengetahui apa yang terbaik.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/12/2019

0 comments:

Loading...