Peranan Ibu Bapa Dan Masyarakat Penting Basmi Dadah

Posted on Monday, October 28, 2019 | 10/28/2019



Oleh: Saifullah Jusoh
Foto: Jusmawari Jusoh

BESUT, 28 Oktober - Ibu bapa dan masyarakat sekeliling perlu memainkan peranan penting bagi membasmi dan memerangi penyalahgunaan dadah dalam kalangan generasi muda.

Hal ini ditegaskan oleh Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr Riduan Mohd Nor ketika berucap dalam Program Santai Bersama Penduduk di Pangsapuri Mengabang Besar, Kuala Besut pada semalam.

"Besut menduduki ranking tertinggi di Malaysia dalam kes penyalahgunaan dadah.


"Oleh sebab itu ibu bapa dan masyarakat wajib mengambil cakna dalam akan masalah ini akan ianya dapar dikurangkan," jelasnya.

Sementara itu, sumbangan berupa beras dan telekung solat turut diagihkan kepada penduduk di pangsapuri tersebut.

Turut hadir ialah Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh.


Program tersebut turut dihiburkan dengan persembahan oleh artis terkenal tanah air, Saudara Bob Lokman dan Zuar XPDC.

Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 10/28/2019

0 comments:

Loading...