"Pertama Kalinya Single Kali Ini Tidak Dikecam" - Asad Motawh

Posted on Saturday, October 26, 2019 | 10/26/2019



Korang dah dengar belum single terbaru Asad Motawh yang bertajuk Selamanya? Not bad lagu tu, sedap didengar! Asad Motawh berkata dia rasa bersyukur kerana for the first time single terbarunya, Selamanya tak kena kecam dengan netizen.


Alhamdulillah, nampaknya netizen dah boleh terima lagu Asad dengan baik. Korang kecam dia teruk macam mana pun, Asad tak kisah dah dengan kata-kata korang sebab dah lali. Paling teruk pun dia akan rasa sedih tapi tak ada lah sampai depression.


Alhamdulilah, sebenarnya saya bersyukur kerana pertama kalinya single kali ini tidak dikecam. Jika dilihat sebelum ini, apa sahaja saya lakukan pasti akan ada kecaman. Mungkin kerana saya sudah selalu dikecam, jadi apa jua kecaman yang saya terima sekarang saya tidak rasa apa. Bayangkan saya pernah dikecam teruk sejak umur saya 16 tahun lagi, kini ia sudah menjadi lali. Paling teruk pun saya akan rasa sedih tapi tidak sampai depresi kerana saya tidak mahu terlalu memikirkannya. Lagipun saya fikir mereka ini tiada niat pun nak alukan perkara itu, cuma hanya mahukan perhatian.

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/26/2019

0 comments:

Loading...