Rihana Kembali Dengan Tuntutan Penceraian Untuk Menjaga Ismail Leon

Posted on Friday, October 04, 2019 | 10/04/2019



Nampak isu penceraian yang mengaitkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bersama Rihana Oksana Gorbatenko masih belum selesai apabila terbaru, Rihana telah diaktakan menuntut sejumlah harta dan wang pampasan yang sangat tinggi, lapor media antarabangsa Mail Online.

Apa yang Ohmedia faham, laporan itu ada menyatakan yang Rihana telah menuntut sebuah rumah di London dengan nilai RM41.2 juta dan juga nafkah sebanyak RM123,964 sebulan dan ini semua bagi menampung kos anak mereka, Leon.

Sumber dari istana turut mempersoalkan tuntutan Rihana sebanyak itu hanya untuk menjaga bayi kecil.


Adakah Leon akan memasuki Eton tahun depan yang memerlukan Rihana menuntut jumlah sebanyak itu untuk bayi tersebut?

Jika dilihat dari perkembangan terbaru Rihana di Instagram, Rihana masih belum memberikan sebarang respon mengenai tuntutan itu dan baru-baru ini Rihana hanya memuat naik satu posting temubual diirinya bersama Mail Online. Apa yang didedahkan Rihana kali ini?

Sejak suami meninggalkan saya Disember lalu, dia tidak pernah kembali lagi. Saya tahu tentang penceraian saya melalui internet. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku sebab semuanya okay. Kami juga sedang menunggu kelahiran anak pertama dan saya sendiri tidak faham sebab sebenar dia buat begini. aya tidak bercakap dengan suami saya sejak Disember tahun lalu. Saya tidak mempunyai peluang untuk berbincang dan diperjelaskan tentang hubungan kami malah saya juga cuba menghubungi suami, rakan-rakannya dan pihak istana.

Sebelum ini, jika korang masih ingat, pihak istana ada meminta untuk Rihana membuktikan jika itu adalah anak dia bersama Sultan Kelantan, Bagaimanapun, Rihana tidak mahu menjalankan sebarang ujian DNA kerana baginya ia tidak perlu kerana dapat dilihat muka anaknya saing tak tumpah seperti ayahnya dan mempunyai wajah orang Asia.


Faris, sedarlah! Kamu ada seorang anak dan kamu adalah seorang ayah. Dan kamu adalah seorang raja. Tak kira apa yang berlaku dalam perkahwinan kita, saya mahu anak saya untuk mempunyai ibu dan ayah. Fikirlah tentang anak kamu. Saya membesarkan anak lelaki saya sendiri dan saya menguruskan kewangan sendiri. Saya (bekerja) dalam pemasaran antarabangsa dan ibu bapa saya juga turut membantu menjaga anak saya.

Sumber: Mail Online, Rihana Petra

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/04/2019

0 comments:

Loading...