"Saya Tak Pernah Cakap Soal Hukum Hakam Sesuatu Itu" - Fynn Jamal


Mesti korang tahu kisah Fynn Jamal sebelum ni menjawab pertanyaan netizen tentang agama melalui Ask Me A Question di Instagram kan? Sehingga ada pendakwah bebas yang bernama Musytaq Al-Ash'ari memberi pandangan tentang hukum hakam yang diberi oleh Fynn Jamal time tu.

Saya tak pernah cakap soal hukum hakam sesuatu itu. Saya hanya cakap berdasarkan apa yang saya tahu dan faham, senang cakap benda-benda asaslah. Saya mengaku ada kekurangan juga. Tapi kena ingat yang saya juga mendapat didikan di sekolah agama bahkan juga seorang pensyarah di Uzbekistan, UIA (Universiti Islam Antarabangsa) dan sebagainya. Tapi itulah silap saya dulu pilih jalan yang salah.

Wow! Fynn Jamal dulu study di Universiti Islam Antarabangsa, Uzbekistan gais. Pergh, beauty with brain. Tak apalah Fynn, lebih baik kita minta pendapat daripada orang yang profesional dan banyak ilmu agama.


Pada mereka yang cakap Fynn Jamal salah bagi maklumat berkaitan agama sehinggakan ada mufti yang menegur, itu fitnah. Tunjuk pada saya mana artikel yang cakap mufti tegur saya. Saya minta individu yang keluarkan kenyataan itu, tampil buktikan kepada saya.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube




Sumber: Oh! Media