"Saya Tidak Dapat Apa-Apa Respon Daripada Bekas Suami Untuk Melindungi Anak-Anaknya" - Rita Rudaini


Ingat lagi tak kes dua individu yang membuat fitnah tentang status sah taraf anak Rita Rudaini baru-baru ini yang sudahpun membuat permohonan maaf secara terbuka?

Susulan dengan kes ini, bekas suami Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan Abdul Razak tidak memberi respon apa-apa dan tidak menghubungi Rita untuk melindungi anak-anaknya.

Saya tidak tahu. Ada ke? Saya tidak dapat apa-apa respon daripada bekas suami untuk melindungi anak-anaknya. Sampai sekarang ini tidak ada langsung khabar berita daripadanya. Saya sebagai ibu yang mengetengahkan isu ini dan bertanggungjawab demi menyelamatkan maruah anak-anak. Benda ini dah viral takkan dia tidak tahu. Duduk dalam gua ke?

Hmm. So, sis cuma nak pesan kalau nak komen di media sosial ni kena jaga sikit kata-kata kita. Bukan apa, dahlah kita dapat dosa for free, lepas tu dapat pula kena saman. Bukan tu je, dapat malu sekali gais. Say NO to cyberbully!

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!




Sumber: Oh! Media