"Saya Tidak Rasa Serik Pun Untuk Bergandingan Dengan Datuk AC Mizal Lagi" - Elly Mazlein

Posted on Thursday, October 10, 2019 | 10/10/2019



Hari tu kecoh betul Datuk AC Mizal panggil Elly Mazlein 'used car' time Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH32) sampai kena kecam teruk gais dengan netizen. Mana taknya, time tengah siaran langsung kot dia cakap macam tu.


Walau bagaimanapun, Elly tak simpan dendam dan tak serik pun kalau masih berganding dengan Datuk AC Mizal lagi. Nasib baik AC dah buat permohonan maaf terhadapnya. Kalau tak, habis makcik bawang menyerang sampai hari ini.

Saya tidak rasa serik pun untuk bergandingan dengan Datuk AC Mizal lagi. Kalau kita serik kita akan jadi tak profesional! Lagipun ini periuk nasi saya, kalau sikit-sikit nak sentap dan terasa, lebih baik duduk rumah sahaja. Selepas kejadian itu Datuk AC telah meminta maaf secara peribadi pada saya dan saya faham itu sekadar gurauan. Dia terlepas cakap dan nak bergurau tapi mungkin salah penggunaan ayat. Jadi, saya tidak mahu mengeruhkan keadaan dan minta peminat bertenang sebab situasi spontan ketika acara secara langsung ini pasti akan berlaku.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/10/2019

0 comments:

Loading...