Sendu, Taman Tema Sanrio Hello Kitty, Thomas Town ditutup mulai 2020


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Liow Cai Tung memaklumkan, Taman Tema Sanrio Hello Kitty Town dan Thomas Town yang terletak di Puteri Harbour, Iskandar Putreri akan ditutup tahun depan. 

Kedua-dua taman teman itu hanya akan beroperasi sehingga 31 Disember ini. 

Keputusan itu dibuat oleh syarikat sewasta berkenaan berikutan kurangnya sambutan sejak beberapa tahun lalu. 

Meskipun begitu, penutupan taman tema itu tidak akan menjejaskan kedatangan pelancong ke Johor kerana Kerajaan Negeri tidak hanya bergantung kepada satu pihak atau produk pelancongan saja. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my