Seorang Kanak-Kanak Berisiko Lumpuh! Akademi Cuba Lepas Tangan!

Posted on Saturday, October 26, 2019 | 10/26/2019


Sumber gambar dari Metro Online
Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada 6 Oktober lepas apabila kanak-kanak berkenaan dipaksa oleh guru tarinya untuk membuat 'split' sebagai salah satu latihan menari. Namun 'split' yang dilakukan menyebabkan saraf tunjangnya cedera dan difahamkan kanak-kanak berkenaan akan lumpuh buat selamanya.

Menurut info dari Metro Online, berdasarkan rakaman cctv, kanak-kanak berkenaan dilihat bai diatas lantai  dengan gurunya menolaksebelah kaki hingga menyentuh kepalanya. Selepas aktiviti berkenaan, pada mulanya dia mampu untuk berjalan seperti biasa selepas meregangkan badan. Namun beberapa ketika kebolehannya untuk berjalan mula hilang dan dia tidak dapat untuk berdiri selepas beberapa kali tetapi gagal.

Doktor yang merawat kanak-kanak berkenaan memberitahu kepada ibubapa kanak-kanak tersebut bahawa anak mereka akan lumput selamanya selepas mengalami kecederaan saraf tunjang. Akademi berkenaan dilihat untuk tidak bertanggungjawab selepas pihak akademi tidak lagi melawat kanak-kanak berkenaan selepas mendapat berita tentang kelumpuhan kanak-kanak berkenaan.

Sumber: Metro Online

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/26/2019

0 comments:

Loading...