Siti Sarah Kongsi Tips Buat Suami Isteri Supaya Murah Rezeki

Posted on Thursday, October 31, 2019 | 10/31/2019



Kita selalu dengar kalau nak rezeki kita dimurahkan, kita kena selalu bersedekah kepada orang yang memerlukan dan sentiasa memberi kepada ibu bapa kita sebagai tanda penghargaan atau terima kasih kerana menjaga kita dengan sebaiknya.

Bukan tu je, dengan isteri pun jangan kedekut tau! Bukan apa, isteri pun mendoakan awak supaya sentiasa murah rezeki. Bila kita selalu bersedekah atau memberi kepada orang lain, percayalah cakap sis. Allah akan memberi 2 kali ganda kepada awak.

View this post on Instagram

Syukur Alhamdulillah Allah meletakkan kami sekeluarga dikedudukan yg tak pernah kami duga Alhamdulillah... antara tips buat suami isteri supaya murah rezeki adalah .. suami kene bayak bersedekah, terutamanya jangan kedekut dengan ibu!!! Ibu yg melahirkan awak .. kalau bagi sejuta sebulan pon belom cukup untuk bayar balik sewa yg awak pernah duduk dalam perut ibu😭😭 .. jangan kedekut dengan isteri .. isteri pun antara pintu rezeki terbuka luas.. tapi isteri pon jangan lah ambil kesempatan pada suami .. isteri pun kena saling memahami dan jangan ambil kesempatan serta tahu kemampuan. Kata orang, the art of give and take. Saling memahami dan berkongsi. Ada seringgit kita belanja seringgit sama2 ada sen 10 kita fikirkan macam mana nak gandakan sama2. isteri tak boleh derhaka dengan ibu mertua.. tampa ibu mertua awak tak boleh kenal suami awak😭😭 jaganlah kerana sikap buruk isteri pada ibu mertua Allah murka pada sebuah keluarga itu.. tag your husband and pls tag your wife 😘😘😘😘

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

Baru-baru ini, Siti Sarah memuatnaik sebuah video di Instagramnya bersama suaminya, Shuib Sepahtu dan berkongsi beberapa tips untuk suami isteri supaya dimurahkan rezeki. Alhamdulillah. Bagus tips tu, Sarah. Sis setuju!

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/31/2019

0 comments:

Loading...