"So Gorgeous Even As A Teen!! True Beauty" - Netizen


Wow! Lain macam kecantikan Zahirah Macwilson ni ya? Korang nak tahu tak baru-baru ini, dia berkongsi beberapa keping gambarnya pada usia 16 tahun sehingga 18 tahun di Instagram. Ada gambar prom sekolah, bersama kawan-kawan semasa high school, teenage dreams dan sambutan hari jadi.


Memang tak berubah langsung muka Zahirah sebab nampak cantik sangat. Zahirah memberitahu dia pernah menetap di Sheffield, England dari umur 2 tahun dan kemudian dari umur 12, dia berpindah pula ke Perth, Australia. Sekarang, dia bekerja di Kuala Lumpur.

Walaupun Zahirah menetap di luar negara, dia tak pernah melupakan bahasa ibunda kita kan? Tak ada pula kita dengar dia cakap pelat atau slang. Apapun, sis doakan agar Zahirah terus maju jaya dalam industri hiburan. Sis tak sabar nak tengok wedding Zahirah bersama Aiman Hakim Ridza.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!







Sumber: Oh! Media