Tanah RTB Sungai Lah Hulu Besut Dapat Diselesaikan


Oleh: Norekwan Mamat

BESUT, 7 Oktober - Tanah rintahan (RTB) Sungai Lah telah dapat di selesaikan dengan kerjasama pihak Pentadbir Tanah Besut.

Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, kerajaan telah bersetuju memberi hak milik tanah tersebut kepada peneroka asal walaupun ia telah dibahagikan oleh kerajaan sebelum ini.

"Kita memutuskan untuk memulangkan tanah rintahan kepada peneroka asal supaya tidak berlakunya zalim.

"Setelah beberapa kali mesyuarat, penama-penama geran tanah (RTB) tersebut yang bertindih akan digantikan semula di Bukit Baling dan Bukit Madona, Hulu Besut," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis perjumpaan diantara Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 13 bersama Pejabat Tanah Besut, di Dewan orang ramai di kampung tersebut, pada semalam.

Menurutnya, masalah tanah rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut akan di selesaikan secara berperingkat.
 
"Pemilik asal tanah (RTB) berasa lega dan gembira apabila mengetahui, tanah yang dirintah selama ini akan dipulangkan kembali.

" Insya Allah, kita akan selesaikan satu persatu masalah tanah (RTB) di Dun Hulu Besut dengan sedaya upaya, sekadar yang mampu bagi kepuasan hati rakyat," tambah beliau.



Sumber: teganukita.net