Tun Mahathir Kecewa Orang Melayu Dan Bumiputera Dilabel Rasis

Posted on Friday, October 25, 2019 | 10/25/2019



Bila kaum lain bersuara, ia dikatakan sebagai menuntut hak mereka dan apabila kaum kita, Melayu bersuara, ia diakatakan sebagai rasis. Sedar ataupun tidak, itulah hakikat apa yang terjadi sekarang.

Ohmedia malam ni tertarik apabila Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad turut bersuara mengenai perkara ini. Ini apabila Tun Mahathir melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan tuduhan bumiputera dan orang Melayu sebagai bersikap rasis, hanya disebabkan melakukan perhimpunan bagi membincangkan nasib dan masa depan bangsa sendiri.

Perkara ini disuarakan oleh Tun Mahathir dalam catata terbarunya dalam blog Chedet dan ia melihat umpama orang Melayu dan bumiputera tidak boleh berjuang untuk bangsa mereka sendiri.

Apabila bekas tanah jajahan Eropah memperoleh kemerdekaan, ramai yang mendiskriminasi bukan penduduk asal. Ada yang terpaksa meninggalkan negara ini. Ada yang diserang dengan ganas. Perkara itu tidak jadi di negara ini. Bukan penduduk asal diterima sebagai warganegara, malah satu juta bukan penduduk asal diberi kewarganegaraan walaupun mereka tidak layak. (Oleh demikian) saya rasa kecewa apabila memikirkan bahawa penduduk asal tidak diwajarkan berkumpul di negara mereka sendiri tanpa dituduh sebagai perkauman dan sudah tentu saya akan dilabel sebagai rasis kerana menulis artikel ini, tulisnya.

Sebelum ini, Tun Mahathir telah dipertikaikan dan dinasihatkan untuk tidak menghadiri Kongres Maruah Melayu, tetapi Tun Mahathir tetap bertegas yang dia perlu hadir atas dasar seorang Melayu.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/25/2019

0 comments:

Loading...