Vape bakal diharamkan, KKM giat sekat semua iklan jual vape secara online

Posted on Tuesday, October 08, 2019 | 10/08/2019



Kementerian Kesihatan kni sedang membuat kajian sama ada akan melaksanakan larangan bagi rokok elektronik atau vape di negara ini. 

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, satu jawatankuasa khusus telah ditubuhkan untuk membuat kajian mengenai vape dan juga rokok. 

Dalam pada itu, KKM juga dalam perancangan untuk menubuhkan rang undang-undang khas bagi mengawal vape dan rokok di Malaysia. 

Menurut Dr Lee, KKM juga kini sedang giat berusaha menyekat iklan yang mempromosi dan menjual vape secara online di mana pihaknya mengesan ada iklan yang menyasarkan penjualan rokok elektronik itu kepada golongan muda terutamanya remaja sekolah. 

Berdasarkan kajian Tobacco and E-Cigarette Suvery among Adolescents in Malaysia (TECMA) yang dijalankan KKM pada 2016, kira-kira 300,000 remaja bersekolah di antara usia 10 hingga 19 tahun adalah pengguna vape. 

Justeru, pihak KKM akan mengambil tindakan lebih serius bagi memastikan penjualan rokok elektronik tidak akan berleluasa terutamanya kepada golongan remaja. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/08/2019

0 comments:

Loading...