(Video) 'Bangun nak, balik kepada mama' - Ibu meraung bayinya meninggal akibat terkena renjatan elektrik

Posted on Friday, October 11, 2019 | 10/11/2019



Seorang bayi berusia lingkungan 2 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik di kediaman ibu bapanya, di Indonesia. 

Berdasarkan sumber, mangsa sebelum itu memegang kabel pengecas yang sedang mengecas telefon bimbit dipercayai milik ibunya, lalu terkena renjatan elektrik. 

Ibu mangsa yang menyedari kejadian itu terus membawa anaknya ke sebuah klinik berhampiran untuk mendapatkan bantuan. Malangnya, sudah terlambat apabila mangsa disahkan telah meninggal dunia. 

Tidak dapat menerima kenyataan itu, si ibu menangis meraung kesedihan di atas pemergian anak pertamanya itu. 

Berulang kali si ibu cuba membangunkan anak yang didakap tetapi tiada sebarang respon dari mangsa yang sudah terkulai tidak bernyawa. 


Ibu bapa di luar sana dinasihatkan sentiasa memastikan sebarang alatan elektrik atau elektronik tidak diletakkan di tempat yang mudah digapai oleh anak-anak kecil bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku. 


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/11/2019

0 comments:

Loading...