(Video) 'Bapak tak guna!' - Netizen kecam lelaki hembus asap rokok depan muka anak


Kempen demi kempen dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai kesan buruk dari aktiviti merokok, sehinggalah diwujudkan larangan merokok di premis makanan. 

Namun, ada segelintir golongan perokok ini tidak faham bahasa dan masih ingkar terhadap arahan tersebut. Malah ada yang berani mencabar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka. 

Baru-baru ini juga, viral di media sosial klip video seorang lelaki menghembus asap rokok ke muka anak lelakinya. 

Kejadian itu berlaku di sebuah premis makanan, tetapi tidak dinyatakan lokasinya. 


Sumber: Selbar


Sumber : thereporter.my